Resepi: Paru Goreng Berlada

 On Monday, May 5, 2014  



Resepi Paru Goreng Berlada

Bahan-bahan:

500g paru - rebus ngan sedikit garam dan halia.
*2 inci kunyit hidup...
*3 sudu makan ketumbar
*3 ulas bawang putih
*garam

Untuk Sambal:

5 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 tangkai lada@cili merah - cincang
1 inci belacan
sedikit air asam jawa
gula melaka @ gula putih
garam
minyak secukupnyer

Cara Membuatnya:

Rebus paru hingga empuk. kemudian toskan. potong kecil2 & nipis. ketepikan.
tumbuk ketumbar,kunyit hidup, bawang putih dan juga garam.
masukkan ke dalam paru tadi. gaul rata. dan biarkan sebentar sekurang2nya 30min.
panaskan minyak, goreng paru hingga garing. angkat dan toskan.
Untuk memasak sambal paru
blend@tumbuk cili kering, bwg merah dan juga bwg putih.
panaskan minyak (bleh juga juga lebihan myk gorengan tadi), tumis bhn2 blend hingga pecah minyak/lada masak.
masukkan lada cincang tadi. *kepedasan bergantung masing2.
masukkan juga belacan, air asam jawa, gula dan juga garam. tumis hingga agak2 kering.
masukkan paru dan goreng lagi hingga garing.

SELAMAT MENCUBA!
Resepi: Paru Goreng Berlada 4.5 5 Admin Monday, May 5, 2014 Resepi Paru Goreng Berlada Bahan-bahan: 500g paru - rebus ngan sedikit garam dan halia. *2 inci kunyit hidup ... *3 sudu makan k...


No comments:

Post a Comment