Masih ramai lagi yang tak tahu kadar tukaran unit sukatan dalam masakan. Dalam masakan, sukatan setiap bahan memang penting terutama dalam resepi yang rumit dimana sedikit perbezaan sahaja akan meninggalkan kesan yang besar dalam masakan. Contohnya apabila membuat kek atau roti. Dibawah ini ada sedikit maklumat kadar tukaran untuk cawan, camca besar, camca teh, kepada gram, oz, dan ml.
Gula Castor 1 cwn = 175g / 6.25 oz
Gula Aising 1 cwn = 125g / 4.5 oz
Gula Perang 1 cwn = 120g / 4.25 oz
Tepung Gandum 1 cwn = 125g / 4.5 oz
Tepung Roti 1 cwn = 135g / 4.75 oz
Tepung Jagung 1 cmb = 8g / 0.29 oz
Baking Powder 1 cmt = 4.8g / 0.17 oz
Cream of Tartar 1 cmt = 2.25g / 0.08 oz
Dibawah ini sukatan untuk air isipadu berbanding berat
1 cmb = 15 ml = 15g
1 cmt = 5 ml = 5g
1 cwn = 250ml = 250g
1 L = 1000ml = 1000g = 4 cwn = 2.2 lbs
cwn = cawan
cmt = camca teh
cmb = camca besar
1 cwn = 16 cmb
1 cmb = 3 cmt
Tip Masakan Berguna
- Kadar tukaran untuk bahan-bahan diatas semuanya menggunakan bahan yang belum diayak. Jika bahan-bahan dalam bentuk serbuk diayak dahulu sebelum disukat menggunakan cawan, camca besar dan camca teh, kita akan dapati berat bahan yang belum diayak lebih daripada berat bahan yang telah diayak. Ini kerana struktur bahan yang belum diayak lebih padat. Walaupun bezanya tak banyak tapi ada masanya perbezaan seperti ini menjadi penting. Untuk mendapatkan berat yang sebenarnya untuk bahan yang telah diayak, saya harap anda dapat melakukannya sendiri. Untuk bahan-bahan lain pun cuba la usaha sendiri.
- Untuk menjadi usahawan makanan berjaya, sukatan yang tepat sangat penting untuk menjamin produk yang konsisten disamping dapat menganggar margin keuntungan dengan lebih tepat. Bagus ke kalau uli sekilo tepung untuk membuat donut kadang-kadang dapat 30 biji, kadang-kadang lebih, kadang-kadang kurang? Ini akan menyebabkan hasil jualan anda sekejap tinggi sekejap rendah walaupun setiap hari jualannya habis.
kenapa berbeza ye sukatan utk gula castor..antara yang typed ngan dalam imej tu..yg sebenar 1 cawan gula castor = 175/250 gm ye?
ReplyDeleteterbaik panduan ni
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteMacam mana nak sukat 15g serbuk jintan manis sekiranya tidak ada penimbang?
ReplyDelete