Nasi berlauk ayam hanya RM3 di Ipoh

 On Sunday, May 4, 2014  



JIKA ditanya tentang makanan murah kepada warga sekitar Ipoh, pastinya mereka akan menyebut Nasi RM3.

Kedai makan yang terletak di Medan Selera Stadium Perak itu sentiasa dipenuhi pelanggan ketika waktu makan tengah hari.

Kedai Kak Mek Nasi Berlauk, resipi asli dari Kelantan milik Noor Aini Husin, 40, telah beroperasi sejak lima tahun lalu dan mendapat tempat di hati pelanggan tetapnya.

Dengan harga RM3 pelanggan boleh menikmati nasi berlaukkan ayam goreng, kari ayam, timun dan sambal yang sudah memadai untuk mengenyangkan perut malah terdapat banyak lagi lauk yang boleh menjadi pilihan.

Kebanyakan pelanggan terdiri daripada kakitangan awam serta pelajar institusi pengajian tinggi berhampiran selain orang awam.

"Ada juga pelanggan yang hari-hari datang beli nasi RM3 tetapi menukar jenis kuah supaya tidak jemu.

"Kami juga menjual air dengan harga RM1, jadi mereka yang ingin dapatkan makanan tengah hari bajet boleh datang ke sini," katanya.

Noor Aini berkata, ilham berniaga nasi RM3 berasal dari Kelantan, apabila beliau meniaga di sana dengan menjual nasi pada harga RM2 atau RM2.50.

Malah beliau turut menjual dengan harga yang sama ketika mula-mula berniaga di Ipoh, Perak.

Bagaimanapun seiring dengan perkembangan semasa, beliau terpaksa menaikkan harga kepada RM3 namun hal itu tidak menimbulkan sebarang masalah kepada pelanggan.

Kedai yang beroperasi setiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 4 petang itu juga diiktiraf sebagai Kedai Menu Rakyat 1 Malaysia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. -Sinar
Nasi berlauk ayam hanya RM3 di Ipoh 4.5 5 Admin Sunday, May 4, 2014 JIKA ditanya tentang makanan murah kepada warga sekitar Ipoh, pastinya mereka akan menyebut Nasi RM3. Kedai makan yang terletak di M...


No comments:

Post a Comment