BAHAN-BAHAN:
10 ekor ketam - saiz besar
2 batang serai - dititik...
Daun bawang & sup - diracik
Air secukupnya - anggaran 1 cawan
BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT :
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai
1 inci belacan
4 biji cili kering - direndam dalam air panas sampai kembang
Garam secukup rasa - jika perlu
BAHAN-BAHAN SOS:
5 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
3 sudu sos plum - utk masam manis
2 sudu besar sos ikan nampla-boleh ditambah kalau kurang masin
Sedikit minyak bijan
Cara Membuatnya :
* Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh bersih dan diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis .
* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak dan terbit bau wangi . Masukkan semua bahan sos dan serai serta terus kacau sambil rasa jika ada bahan yang terkurang rasa boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Masukkan semua ketam tadi serta air secukupnya dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak
*Buka penutup kuali dan kacau dan kalau nak kuah lebih tambah lagi air . Masukkan daun sup atau daun bawang dan terus kacau . Bila ketam dah masak boleh la ditutup api dapur dan hidangkan dalam bekas yang sesuai dan boleh la dihias .
* Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri..
* Ketam yang tengah dimasak , pastikan air dimasukkan secukupnya tapi jangan la banyak sangat nanti jadi sup ketam pulak hihihi . Bila dah kacau rata ketam dengan semua bahan boleh la ditutup kuali dan biarkan ketam masak . Gunakan api dapur sederhana besar dan selalu la periksa ketam dalam kuali dan kacau , bila dah masak boleh la ditutup api dapur .
* Resepi yang saya bagi ni saya masak ikut pada citarasa kami sekeluarga , so bahan-bahan yang diguna boleh ditambah atau dikurangkan ikut pada citarasa masing-masing .
Selamat mencuba !!
No comments:
Post a Comment