Resepi: Muffin Chocolate Chips

 On Wednesday, May 7, 2014  



RESEPI MUFFIN CHOCOLATE CHIPS

Bahan - Bahan :-

1 3/4 cawan tepung naik sendiri*
1 cawan gula kastor*...
1/4 cawan serbuk koko*(aku guna jenama van houten)
1/2 sudu kecil garam halus*
1 cawan susu segar (aku just guna susu tepung bancuh dengan air je )
1 biji telur(dipukul sikit.macam buat telur dadar)
1/3 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan choc chips

Cara Membuatnya :-


Dalam satu bekas besar.satukan bahan bertanda *.gaul sebati.pastu buat satu lubang kat tengah2.masukkan bahan lain.

kacau guna senduk kayu secara kaup balik.tak payah kacau lama2.memang adunan muffin tak cair macam adunan kek.

die memang berketul2.pastu masuk dalam bekas muffin 3/4 penuh.bakar 20 min, suhu oven 180-200 degree celcius.

NOTA :

muffin memang mudah nak buat.tak payah guna mixer pon. hanya gaul guna senduk kayu.adunan die memang akan berketul-ketul2 sikit dan bukan cair dan smooth je seperti adunan kek.

Rahsia buat muffin.tak perlu guna mixer,hanya perlu gaul sebati guna senduk kayu dalam 4 - 5 kali gaul sahaja dan adunannya memang berketul-ketul.

dan suhu oven perlu dalam 180-200 darjah celcius.oven perlu dipanaskan 20 min sebelum buat muffin ye:) so ni aku bagi resepi muffin yang asas.maksudnya dari resepi ni..korang boleh hasilkan muffin pelbagai rasa dan perisa.
 
Selamat Mencuba!

Resepi: Muffin Chocolate Chips 4.5 5 Admin Wednesday, May 7, 2014 RESEPI MUFFIN CHOCOLATE CHIPS Bahan - Bahan :- 1 3/4 cawan tepung naik sendiri* 1 cawan gula kastor* ... 1/4 cawan serbuk koko*(aku...


No comments:

Post a Comment