getty image
Homemade Tandoori Chicken. Ayam Panggang Tandori.- kjhh
Bahan-bahan:-
1 kg Peha Ayam - dibuangkan kulit dan dibersihkan dari lemak2nya.
2 sudu besar cili serbuk/kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan halus
1 sudu besar serbuk garam masalah
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk fenugreek - halba
1 tangkai daun ketumbar bersama akarnya - ditumbuk halus/kisar
4 ulas bawang puih - ditumbuk halus/kisar
1 inch halia - ditumbuk halus/kisar
1 sudu teh pewarna merah
Garam secukup rasa
2 biji lemon - perahan jusnya dan hiasan
2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar - dihiris tipis (optional - dipanggang bersama ayam dikuali grill)
Cara Membuatnya:-
Peha ayam pada mula mesti di kelar. Supaya rempah dapat di resap pada ayam nya.
Gaulkan cili, jus lemon & garam secukup pada peha ayam yang dikelar.
Di mangkuk yang lain, siapkan tairu dengan serbuk2 kunyit, ketumbar, jintan halus, garam masalah, gaulkan supaya sebati. Daun ketumbar & akarnya ditumbuk bersama serbuk fenugreek, bawang putih & halia hingga lumat.
Gaulkan pada peha2 ayam. Letakan pewarna merah pada yohgurt rempah dan gaulkan pada peha ayam. Biarkan diperap dipeti ais selama 4 - 6jam sebaik2nya. Kalau nak ringkas - 1 jam.
Bila hendak memasak, panaskan oven pada 180C - 200C. Keluarkan ayam dan gaulkan bersama minyak masak sedikit. Panggang ayam dioven dan bakar selama 25mins pada suhu 140C - 160C.
Bila ayam kelihatan kering, keluarkan dan panggang di kuali grill, panggang supaya mendapatkan tanda2 bakar hitam. Bakar pada api yang sederhana. Taburkan serbuk garam masalah sedikit & hirisan bawang besar di atas ayam semasa dipanggang (optional). Masak ikut cita rasa. Sajikan panas bersama nasi & kari ikan atau kari sayur2an.
mana nak cari fenugreek dengan garam masalah tu ya?
ReplyDelete