Resepi: Biskut Kacang Mazola

 On Wednesday, May 7, 2014  




Bahan-bahan:-

2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 cawan kacang tanah, goreng dengan sedikit minyak dan kisar halus
1/2 camca teh esen vanilla
1 cawan gula halus
1 kuning telurMinyak jagung/mazola secukupnya (lebih kurang 1 cawan)
Kuning telur, untuk disapu
Kacang tanah untuk hiasan

Cara membuatnya:-

 Satukan tepung gandum, kacang kisar, gula halus, vanila dan kuning telur. Gaul rata.

 Tuang minyak jagung/mazola sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang boleh dicanai.

 Canai 1/2 cm, terap dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias dengan kacang tanah.

 Bakar dalam oven pada suhu 150C, selama 10 - 13 minit. Biarkan biskut atas dulang sehingga suam, baru  dialihkan kerana biskut agak rapuh semasa panas.

Selamat Mencuba!


Resepi: Biskut Kacang Mazola 4.5 5 Admin Wednesday, May 7, 2014 Bahan-bahan:- 2 cawan tepung gandum* 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak) 1 1/2 cawan kacang tanah, goreng dengan sedik...


No comments:

Post a Comment