Resepi: Sambal Goreng

 On Thursday, May 8, 2014  



Bahan-bahan:

1 cekak kacang buncis - hiris ikut suka
1 keping tempe saiz besar - potong dadu dan goreng
1 keping fucuk - goreng dan patah2kan
1 cekak suhun - rendam
1 biji kentang - potong kecil2 dan goreng (kalini saya tak letak)
1/2 labu bawang besar (atau beberapa ulas bawang merah) - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci lengkuas - hiris
1 batang cili merah - hiris
Sejemput bilis - tumbuk ala2 je
1/2 inci belacan - hancurkan
Air asam - secukup rasa
1 cawan santan - kadang2 saya tukar dengan susu segar
Garam & gula secukup rasa (masakan ni perlu lebihkan manis mcm masak kicap)
Kicap manis
Serbuk perasa (opt)
Sedikit air
Minyak utk menumis
Lain2 bhn kalau nak letak - tauhu (goreng dulu), pedal, hati, dll

Cara Membuatnya:-

1)  Tumis bawang dan lengkuas sampai layu.  Masukkan bilis dan belacan, kacau-kacau..
2)  Masukkan santan, kicap, air asam dan perisa..  biarkan sampai mendidih.
3)  Masukkan buncis.  Bila dah nak layu masukkan bahan2 lain iaitu tempe, cili, fucuk, kentang dan suhun.
4)  Gaul sebati dan angkat bila dah menjadi kering (suhun tu akan menyerap air).  Kalau perlu atau nak yg berkuah sikit, tambah je air.

Selamat Mencuba!


Resepi: Sambal Goreng 4.5 5 Admin Thursday, May 8, 2014 Bahan-bahan: 1 cekak kacang buncis - hiris ikut suka 1 keping tempe saiz besar - potong dadu dan goreng 1 keping fucuk - goreng dan...


No comments:

Post a Comment