Resepi: Ketam Tumis Cili

 On Monday, May 5, 2014  



BAHAN-BAHAN:

10 ekor ketam - saiz besar
2 batang serai - dititik...
Daun bawang & sup - diracik
Air secukupnya - anggaran 1 cawan

BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT :
 
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai
1 inci belacan
4 biji cili kering - direndam dalam air panas sampai kembang
Garam secukup rasa - jika perlu

BAHAN-BAHAN SOS:
 
5 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
3 sudu sos plum - utk masam manis
2 sudu besar sos ikan nampla-boleh ditambah kalau kurang masin
Sedikit minyak bijan

Cara Membuatnya :
 
* Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh bersih dan diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis .

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak dan terbit bau wangi . Masukkan semua bahan sos dan serai serta terus kacau sambil rasa jika ada bahan yang terkurang rasa boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Masukkan semua ketam tadi serta air secukupnya dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak

*Buka penutup kuali dan kacau dan kalau nak kuah lebih tambah lagi air . Masukkan daun sup atau daun bawang dan terus kacau . Bila ketam dah masak boleh la ditutup api dapur dan hidangkan dalam bekas yang sesuai dan boleh la dihias .

* Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri..

* Ketam yang tengah dimasak , pastikan air dimasukkan secukupnya tapi jangan la banyak sangat nanti jadi sup ketam pulak hihihi . Bila dah kacau rata ketam dengan semua bahan boleh la ditutup kuali dan biarkan ketam masak . Gunakan api dapur sederhana besar dan selalu la periksa ketam dalam kuali dan kacau , bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

* Resepi yang saya bagi ni saya masak ikut pada citarasa kami sekeluarga , so bahan-bahan yang diguna boleh ditambah atau dikurangkan ikut pada citarasa masing-masing .

Selamat mencuba !!
Resepi: Ketam Tumis Cili 4.5 5 Admin Monday, May 5, 2014 BAHAN-BAHAN: 10 ekor ketam - saiz besar 2 batang serai - dititik ... Daun bawang & sup - diracik Air secukupnya - anggaran 1 ...


Related Post:

  • Resepi: Ikan Percik. Resepi Ikan Percik. Bahan-bahan:- 5-6 ekor ikan kembung 4 cawan santan 7 ulas bawang merah – dikisar... 1 ulas bawang putih – dikisar 1 inci halia – dikisar Sedikit kunyit hidup – dikisar 2 sudu besar cili kisar 1/2 sudu kecil belacan 1 sudu… Read More
  • Resepi: Sup Ketam SUP KETAM-Diana Bahan-bahan:- 4-5 ekor ketam 2 ulas bwg putih } ketuk 3 biji bwg merah} hiris... 1inci halia} hiris daun sup} hiris nipis daun bawang} hiris sedikit minyak garam air secukupnya Cara Membuatnya:- 1-cuci ketam potong dua 2- … Read More
  • Resepi: Daging Tumis Pedas DAGING TUMIS PEDAS Bahan-bahan:- 1 kg daging (rebus sampai empuk ) Bawang merah Bawang putih ... Halia Setengah sudu biji ketumbar Cili api Kunyit hidup (Tumbuk kesemua bahan2 di atas, manakala daging dihiris nipis ) Cara Membuatnya:-&nbs… Read More

No comments:

Post a Comment