Resepi: Nasi Lemak

 On Thursday, January 9, 2014  



Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat nasi lemak dan cara memasak nasi lemak sehingga siap untuk dimakan.

 Bahan- bahan untuk membuat nasi lemak (untuk 5 orang):


 Bahan A (untuk nasi)

 3 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
 3 ½ cawan santan pekat
 2 helai daun pandan (disimpul)
 Sedikit gula dan garam

 Bahan B (untuk sambal)

 1 labu bawang besar (dihiris)
 3 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih (dikisar)
 4 sudu besar cili giling
 Sedikit asam jawa
 1 inci halia (diketuk)
 2 helai daun pandan (disimpul)
 ¾ gula melaka
 Sedikit gula dan garam
 Minyak untuk menumis

 Cara masak nasi lemak:-

 1. Satukan kesemua bahan-bahan A ke dalam periuk.
 2. Tanak nasi seperti masak nasi biasa.

 Cara membuat sambal nasi lemak :-

 1. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
 2. Kemudian masukkan cili giling, halia, asam jawa dan daun pandan.
 3. Tumiskan sehingga pecah minyak.
 4. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan gula melaka, bawang besar serta sedikit gula dan garam.
 5. Tumis sehingga pecah minyak sekali lagi.
 6. Masukkan ikan bilis goreng ke dalam sambal atau boleh juga diasingkan dari sambal tadi.
 7. Hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun, telur dan ayam goreng.

 * Tips tambahan:- gunakan kelapa tua dan elakkan kelapa muda, kerana kelapa muda kurang bersantan dan nasi akan kurang berlemak.

 Selamat Mencuba..
Resepi: Nasi Lemak 4.5 5 Admin Thursday, January 9, 2014 Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat nasi lemak dan cara memasak nasi lemak sehingga siap untuk dimakan.  Bahan- bahan untuk membua...


No comments:

Post a Comment